Saturday 17 December 2011

Ingat sebelum makan.

Pemakanan merupakan faktor penting dalam perkembangan seorang manusia. Namun begitu tidak semua makanan yang dimakan akan digunakan dalam proses tersebut.  Ada makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit dan ada yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.  Contohnya badan manusia memerlukan lebih banyak air berbanding makanan lain seperti nasi yang mengandungi banyak karbohidrat.  Manakala lemak pula hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.  Namun begitu rakyat Malaysia kini lebih suka makanan segera (fastfood) seperti ayam goreng, burger, piza dan lain-lain.  Makanan sebegini tidak baik untuk kesihatan dan perkembangan minda. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan kerana kedua-dua jenis makanan ini mengandungi banyak air dan serat bagi membantu proses perkumuhan selain dari membekalkan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Akademi Pembangunan Belia Malaysia pemacu belia jaya

Akademi Pembangunan Belia Malaysia merupakan sebuat akademi yang memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menuntut ilmu.  Pada 16, 17 dan 18 Disember, telah berlangsung seminar Perniagaan Maya bekas-bekas Pelatih APBM Batu Gajah.  Pada Seminar tersebut para belia telah didedahkan dengan ilmu perniagaan maya.  Antara objektif program:
             1. meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang dalam perniagaan maya
             2. menyalurkan maklumat-maklumat terkini dan semasa berkaitan perniagaan maya
             3. meningkatkan hasil pendapatan peserta melalui perniagaan maya
             4. meningkatkan jaringan perniagaan di antara bekas pelatih APBM di seluruh Malaysia.
Banyak ilmu telah diberikan, berbagai aktiviti telah dijalankan bagi memantapkan kefahaman peserta. Apa tunggu lagi? Mara terus ke hadapan wahai bangsa ku. Belia harapan negara! Terima kasih APBM.